Salam sejahtera buat semua blogger2...teman hari ini amat2 tersentuh dengan pengorbanan mak teman....setelah 43tahun menjadi ibu kami 8 adik beradik mak telah di sah kan menghidap kanser payudara pada 21hb 12 2011 selepas genap seminggu mak sambut hari lahir dia pada 13hb 12 2011 pada usia 62tahun. Kalu di ikutkan hati teman ni mahu je nak menunding jari pada takdir...namun semua ini ketentuan Allah yg ingin menduga sekuat mana tabahnya kami adik beradik untuk sama2 memberi semangat kepada mak...dan dalam pada masa yg sama perkara ini juga dapat memulihkan kembali hubungan kami adik beradik dgn mak dan ayah...YA ALLAH hanya Engkau sahaja tahu apa yg terbaik pada hamba2Mu...Amin....teringat pulak pada kisah kaktus dan ulat beluncas...nnti lah bile teman dah tenang sikit baru teman cerita kisah tu....mmg menarik dan membuatkan kite semua muhasabah diri...tggu yeak...
Berbalik pada Mak teman...pada 29hb 12 2011 jam 8.15mlm...beliau telah menjalani pembedahan membuang payudara di hospital Kuantan Medical Center dengan di temani oleh abg long teman Edi, kakak kesayangan teman Anum sekeluarga...adik notty teman Jeman...kodok2 paling2 teman syg yg sentiasa memberi mak semangat iaitu AYONG, CHACA, PA'E, BAINUL, PATIN, YUYU, AYU, OYIN, IPAH DAN ZARIP...OPS terlupa lak aman abg teman...hehehe..ayah teman tak dapat ikut atas sebab dia kena demam teruk katanye lah...tp teman pon ade ternotty pk...mungkin dia tak sanggup nak tgk mak teman yg selama 42tahun setia menjadi SAHABAT...KEKASIH DAN TEMAN buat dia...its ok ayah...kami adikberadik fhm...teman pon tak dapat menemani mak atas sb teman bekerja di KL...teruk kan teman ni...hurmmm mmg rasa2 sgt durhaka...tapi teman dpt gak berckp dgn mak teman sblum dia di bedah...mmg dari nada suara dia...teman tahu dia sgt2 gementar....namun akhirnya mak teman selamat menjalani pembedahan dgn TERBAIK SAYANG MAK SB JD SUPERWOMEN....yg berakhir pada jam 11mlm pd hari yg sama....ini semua pon atas DOA2 ANAK2, MENANTU2 DAN CUCU2 MAK TEMAN...tiada apa yg dapat teman ungkapkan dgn kata2 hnya doa dan syukur bile mendengar berita tersebut....dan skrg kami adik beradik hnya perlu menjaga dan melihat perkembangan mak kami...doakan beliau cepat sembuh yea blogger2 semua...buat MAK SAIAH BT JOHARI....teman hanya nak ucapkan TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN KAMI 8 ADIKBERADIK DAN SENTIASA MENJADI MAK YG TERBAIK DI KALANGAN YG TERBAIK...CUMA KAMI 8 BERADIK BERHARAP MAK DAN AYAH TAHU BETAPA KAMI SEMUA AMAT2 SAYANG DAN SENTIASA MENJAGA ANDA BERDUA....
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAA...emosi lak...tp teman tahu semua blogger2 pon akan rasa sama spt apa yg teman rasa...tol tak...
kat sini teman nak wish kat blogger2 semua SMT TAHUN BARU 2012...WALAU APA PON YG TERBURUK ATAU TERBAIK BERLAKU PADA TAHUN 2011...KITA SEMUA KENA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIVE DAN BERSYUKUR YG KITE MASIH LAGI BERNYAWA UNTUK SENTIASA MENGHADAPI BERMCM2 SUKA DUKA PAHIT MANIS KEHIDUPAN...untuk adik beradik teman...ipar2 teman..kodok2 teman...staff2 teman dan sahabat2 teman...anda semua sentiasa d hati teman...muahhhhhhh..love u alls....nnti ade masa teman up date lg....caw bedah...
P/S : Tahun ini dlm keluarga teman ade yg telah pergi menemui ALLAH
1.WAN(mak kepada ayah teman) pertghan tahun
2.Tok Abah (ayah kepada abg ipar teman Zaidee) pertghan tahun
3.Mak ke2 ( mak tiri kepada kakak ipar teman Puah Ja) awal tahun
SEMOGA ROH2 MEREKA DI CUCURI RAHMAT DAN DI RINGANKAN AZAB KUBUR....AMIN.
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, February 15, 2011
HARAM menyambut hari kekasih/Valentines Day
Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian.
TIBANYA 14 Februari tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.
Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.
Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.
Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.
Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).
Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.
Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.
Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.
Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.
Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.
Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.
Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.
Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.
Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.
Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.
Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’
Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.
Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.
Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Thursday, February 10, 2011
Sampai hati.....
Alo seme follower....teman rasa hari ni teman rajin lak taip blog ni...aduh...teman d kabarkan seperti dah jatuh d timpe kontena...sampi hati Miss L.....tak sangka kome mkn bnyk...kesian kat teman dgn ita...huwaaaaaa....pe2 pon adat hidup ni...yg mengantuk d sorongkan bantal pasti mudah d sentap sb dah sedap tito samapikan tak perasan dia guna bantal kayu...dalam maksud tuhhh...heheheheh...bg yg dh jd follower teman...thnks sgt2...
doa2kan teman boleh maju dan nnti bile teman dah senang sikit teman borak2 ttg hidup kita hari-hari...bukan cam sekarang...asik2 ttg teman dgn menyentap....sian kome semua...tunggu ok...degan nada yg nafas lom sempat kuar abis ni teman nak wish kat u al.....JGN ANDA D BELENGGU MISTERI...sentap....muah2...
doa2kan teman boleh maju dan nnti bile teman dah senang sikit teman borak2 ttg hidup kita hari-hari...bukan cam sekarang...asik2 ttg teman dgn menyentap....sian kome semua...tunggu ok...degan nada yg nafas lom sempat kuar abis ni teman nak wish kat u al.....JGN ANDA D BELENGGU MISTERI...sentap....muah2...
Demam botol plastik....
Aduhhhh...fenin teman dok pk mana nak carik botol plastik....nak harapkan diva menyentap(noorita ler)...dia pon fenin....tp diva sentap tak leh join...nnti tambah fenin kami berdua...hehehe...tau2 je lah kan....seme nak F.O.C....hehehehehe...untung sama2...modal...YA Ampun...wahhhhhh...sentap...kalu lah de jln mana teman nak cekau botol2 plastik tu....bile teman nak guna plastik bag...bnyk lak yg koman ckp tak standart...pe diaorg ingt untung sgt ke jual benda ni...tp nama pon business...mule2 sosah sikit...dok yea...hehehehe...hai...masalah2.....minyak keta pon tak lepas bayar ......NOOR...KNP KO WAT TEMAN CAM NI!!!!!!!!!!!!!....tu lah time nak jual tak nak pk bala yg dtg....mmg ari ni teman sentapmenyentap dgn mamat2 kilang plastik d malaysia...org nak bg business pon tak nak...walaupon teman oder cume 50biji botol je... :p ala lom kire org2 yg cam teman ni nak jd business men berjaya lah katakan...cam menyentap cakap...untung nak beli mecerdes....ya ampun.....sentappppppp...skrew dia pon lum tentu dpt...pe2 pon teman pohon pd yg Esa bg teman dgn rakan kongsi teman si menyentap jln nak dptkan botol plastik tu...(time2 ni lak baru ingt tuhan..)heheheheheh...tatattititutut...wish me luck...
angpow vs bonus.
Alo semua yg meninjau blog teman ni...tetibe lak nak sok sek sok sek pasal musin raya cina ni.Pasti semua dah dpt habuan masing2 terutama yg bekerja dgn kroni2 cine ni...ade yg ckp dpt ang pow dan ade lak yg ckp dpt bonus.keng kadang teman pon konpius dgn ayat2 karam tu...bukan pe time kodok2 teman dpt habuan masing2 dok sentap menyentap sesama sendiri...mana taknya ade yg full moon dan ade yg half moon...korg fhm kan maksud teman ttg moon tu...hehehehe...bulan lor....pd pendapat teman lah yea...apa2 pon ayat karam yg dia org guna yg penting bile dpt tu syukur je lah...jgn lak nak sentap bile dengau2 org lain lebih full moon dari kite sedangkan bulanan pon tak full moon cam diaorg (maksud teman gaji ler)....teman simple...nak coman2 sgt pon tak guna sb selagi lom ade SIR name kodok2 besau tu jgn harap nak merasa cam them all seme....hehehe...sentappppp.....pd kwn2 yg rasa diri tak d hargai oleh mereka yg bernama AH tu jgn sentap menyentap ok....selagi de akal better gune bebaik...kalu rasa tiap2 tahun nak kena sakit jantung kerja lah lelama d tempat diaorang tu...tp kalu rasa ubat sakit jantung dah habis better cari tempat berlindung yg baru...paling penting kite kena pk APA TUJUAN KITA BEKERJA....nak duit bnyak...?nak pangkat besau....?nak jadi ratu...?atau nak kepuasan diri....tepuk dada tanya selera...tp jgn tepuk kuat sgt takut jantung tu luruh...kan dah payah...heheheheheh....susah je yg suke g admited kat COLOMBIA sepital....sia2 je duit ANG POW VS BONUS...
ok lah....sentapmenyentap nak kerjo...adious amigos...ada masa teman coret2 lagi....darrrrr...muahhhhhh
ok lah....sentapmenyentap nak kerjo...adious amigos...ada masa teman coret2 lagi....darrrrr...muahhhhhh
Tuesday, February 8, 2011
Gigi busuk and the geng Betina VS 3 diva...
Hari ini hari pertama aku join blog ni...so sebagai pengenalan aku nak promo org2 kuat aku...diva tomel2...aku lah tu...diva sentap aku je tahu(JENNY)...yg diva menyentap pon aku je tahu(NOOR)..kan jenny kan noor kan....heheheh...tp aku dah pasang agen...masalahnya dia selalu tak sure nak sokong mana satu....sebelum raya cina aku ada advise dia beli tape recoder...alih2 hari ini dia tak datang sb pening nak beli yang tape atau cd...tp musuh diva2 ni yg paling menusuk jiwa dan hidung kami bertiga adalah betina dgn gg busuk...nak tahu kisah cam ner nama tu terjadi....kite mulekan dgn gg busuk...
nak d jadikan story...hari pertama aku dtg kerja aku di hidangkan dgn haruman yg membuatkan aku tak selera selama seminggu...ya ampunnnn.....fenin...umpama lalat kena tibai dgn seliper....yang satu lagi betina...nak tau knp...cite pada hari pertama juge...dia dtg dgn gaya ala2 ratu suci....suci ke????ckp kat aku...seme org bodoh...sedangkan bile dia g toliet....tgk kat cermin dia nmpk apa!!!!!!...muke dia sendiri.....so sapa yg bodoh???? korang jawap sendiri...yg jadi ayat betina sb...bekas laki dia...bekas ke????bekas tapawer pon org sponser....sentapppppp....nnti bile aku dah lama sikit aku letak gmbr mereka berdua...tapi ingt...gune penutup hidung dgn cermin mata...dan lg satu pd yg nak diet aku bg pertua...korg try face 2 face borak dgn gg busuk...mesti selera hilang...pasal diva2 aku...nnti aku upload gmbar dia org...
ok...nnti aku cite lg...pada yg baru klik smt kenal2 sentapmenyentap blog....dan bg yg kata hampeh...aku just nak ckp...ADA AKU KISAH!!!!!!
nak d jadikan story...hari pertama aku dtg kerja aku di hidangkan dgn haruman yg membuatkan aku tak selera selama seminggu...ya ampunnnn.....fenin...umpama lalat kena tibai dgn seliper....yang satu lagi betina...nak tau knp...cite pada hari pertama juge...dia dtg dgn gaya ala2 ratu suci....suci ke????ckp kat aku...seme org bodoh...sedangkan bile dia g toliet....tgk kat cermin dia nmpk apa!!!!!!...muke dia sendiri.....so sapa yg bodoh???? korang jawap sendiri...yg jadi ayat betina sb...bekas laki dia...bekas ke????bekas tapawer pon org sponser....sentapppppp....nnti bile aku dah lama sikit aku letak gmbr mereka berdua...tapi ingt...gune penutup hidung dgn cermin mata...dan lg satu pd yg nak diet aku bg pertua...korg try face 2 face borak dgn gg busuk...mesti selera hilang...pasal diva2 aku...nnti aku upload gmbar dia org...
ok...nnti aku cite lg...pada yg baru klik smt kenal2 sentapmenyentap blog....dan bg yg kata hampeh...aku just nak ckp...ADA AKU KISAH!!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)