Tuesday, February 21, 2012

Menangani Masalah ( Problem Solving )

Setiap insan yang hidup akan mengalami masalah. Tetapi kenapa segelintir dari kita tidak mampu menangani masalah dengan baik dan akhirnya mengalami masalah jiwa?

Untuk mendapat kesihatan fizikal, badan kita perlu mempunyai kesimbangan dalam segala fungsi; baik fungsi hormon, begitu juga fungsi saraf. Contohnya; apabila hari menghampiri jam 12.30pm , kita mula rasa lapar dan dengan tanpa berfikir kita keluar makan. Ini berlaku kerana gula dalam darah kita mula berkurangan dan bahagian otak mengesan kekurangn gula ini. Otak mula memproses informasi dan menghantar signal ke bahagian otak yang mengawal kehendak untuk kita makan.

Perkara yang sama berlaku ; minda atau "psyche" kita perlu berada dalam keseimbangan untuk kita mempunyai minda yang sihat. Apabila kita mempuyai stress atau tekanan , psyche kita mula tidak seimbang. Jika stres berterusan , ketidakseimbangan ketara boleh berlaku sehinggakan tanda-tanda penyakit mental boleh timbul. Salah satu daripada cara untuk menyeimbangkan psyche kita ini adalah dengan "menyelesaikan stres atau masalah dengan bijak" Bagaimana? teruskan membaca


Intrapsychic Conflict
Apabila kita mempunyai stres berpanjangan stres ini akan 'menimbun' di dalam psyche kita membentuk "intrapsychic conflict". Untuk mengelakkan konflik ini berterusan kita mesti channel out konflik ini keluar dari psyche kita. Barulah psyche kita seimbang semula

Intrapsychic conflict berlaku kerana:

Ramai di antara kita yang suka membiarkan otak kita tepu dengan masalah. Setiap masalah yang timbul hanya difikirkan di kotak kepala sehingga kepala 'pening'
Apa yang kita perlu lakukan adalah:

JANGAN BIARKAN PROSES PENYELESAIAN MASALAH DI LAKUKAN DI OTAK. SELESAIKAN MASALAH DI LUAR OTAK!!!! ( Bunyi macam pelik saja!) Teruskan membaca. Ikut Langkah berikut:

1) BERTENANG
Jika anda bermasalah ; bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam,duduk ditempat yang tenang.

2) PENGGANTI OTAK
Dapatkan kertas dan pen atau buku atau diari atau komputer yang akan mengambil alih tugas OTAK anda

IDEAl A

3) IDENTIFY (I)
Tulis apa jua masalah anda di atas kertas , buku dll

cth a) Duit tak cukup nak bayar bil
b) Bergaduh dengan kawan
c) Muntah dan cirit birit

4) Determine the severity and urgency (D)
Pastikan masalah mana yang teramat penting dan perlu diselesaikan dahulu dan susun semula hiraki masalah.
(JANGAN BIARKAN OTAK ANDA TEPU DENGAN MASALAH; TULIS DI KERTAS & BIAR KERTAS YANG TEPU DENGAN MASALAH ANDA. BEBASKAN OTAK DARI BELENGGU MASALAH)

cth
a) Muntah dan cirit birit
b) duit tak cukup
c) bergaduh dangan kawan

5) Evaluate for solution
Cari beberapa jalan penyelesaian yang mungkin:
Cth
a) Muntah dan cirit birit: tinggal kat rumah dan makan ubat dari farmasi
ke klinik swasta
ke klinik kerajaan

b) Duit tak cukup: pinjam kawan
minta mak abah
cari kerja

c) bergaduh dengan kawan : biarlah dia, jangan jumpa
mohon maaf
aku buat-buat sakit kuat, nanti dia datang minta maaf

6) Analisis (A)
Analisa alternatif solusi yang difikirkan
a) Disebabkan tak ada duit , patut kek klinik kerajaan sahaja. Tinggal kat rumah , nanti bahaya. kalau sakit lagi teruk
b) Pinjam kawan dah banyak kali, pinjam mak pulak.... sambil tu cari kerja
c) mohon maaf jalan terbaik. buat-buat sakit : menipu


7) Learn and Look forward (L)
Belajar dari kehidupan kita sebelum ini. Cth:

a) Dulu , pergi klinik swasta banyak pakai duit. Ke klinik kerajaan pun dah cukup anbil ubat untuk muntah. Aku akan sihat kalau cepat berubat
b) Dah banayak kali pinjam duit, memang kena cari kerja. Mesti aku dapat kerja jika aku tak memilih sangat
c) Kenapa menyiksa diri . Memaafi sifat terpuji

8) Activate your Decision (A)

JANGAN PANDANG BELAKANG SETELAH BUAT KEPUTUSAN DAN LAKUKAN APA YANG TELAH ANDA FIKIRKAN TERBAIK.


PANJANGNYA!!!!Sebenarnya , inilah ynag dilakukan oleh otak untuk kita menyelesaikan masalah. Bagaimana otak tak tepu jika setiap hari kita sumbatkan ia dengan stres dan cuba cari penyelesaian di kotak kepala.

MULAKAN BELAJAR MENYELESAIKAN MASALAH DI ATAS KERTAS!!!! BEBASKAN OTAK ANDA DARI TEPU DENGAN MASALAH!!!

Kenapa saya perlu makan ubat?

Tiada pakar atau doctor yang mahu pesakitnya menderita. Semua doctor mahu pesakitnya sihat dan sembuh daripada penyakit.

Sebelum di beri ubat doctor mesti membuat pertimbangan buruk dan baik memberi ubat.

Cuba fikirkan masalah ini:

A mengalami kemurungan teruk sehingga mendengar halusinasi ; mendengar suara” matilah kau!, matilah kau!”.

Jika tidak diberi ubat, beliau boleh membunuh diri sendiri. Doktor akan memberi ubat untuk hilangkan kemurungan ( anti depressant) dan hilangkan halusinasi ( antipsikotik) . Ubat yang sedia ada telah terbukti boleh mengubati kedua-dua masalah tersebut

Apakah pandangan pesakit dan keluarga?

Kebanyakan orang ramai tidak terdedah dengan penyakit psikiatri. Fenomena mendengar suar-suara ghaib di anggap sebagai rasukan hantu dan sebagainya. Masalah utama yang dihadapi oleh doctor adalah membetulkan fahaman pesakit dan keluarga tentang masalah psikiatri ini. Masih ramai di kalangan pesakit dan keluarga yang terlalu takut apabila dikatakan mengidap penyakit mental. Stigma terhadap penyakit ini terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak menerima ubat dan rawatan!

Bagaimana ubat bertindak?

Penyakit mental adalah disebabkan pelbagai sebab yang berhubungkait antara satu sama lain. Antaranya sebab keturunan, tekanan dan ketidakseimbangan fungsi otak

Sesiapa yang ada saudara mara yang mengalami penyakit mental (saka, hysteria, perangai pelik atau apa jua tafsiran kepada penyakit mental) adalah berisiko untuk mendapat penyakit mental. Anda tidak 100% akan dapat penyakit tersebut, tetapi jika andatidak pandai menangani masalah dan anda berhadapan dengan masalah, penyakit ini akan menyerang

Tekanan yang anda hadapi akan menyebabkan otak berfungsi lebih dari biasa kerana anda memikirkan masalah tersebut dan cuba mnyelesaikannya. Kalau jantung berfungsi dengan otot jantung yang mengepam darah, otak berfungsi dengan bantuan neurotransmitter yang menhantar signal untuk berfikir. Antara contoh penting neurotransmitter ini adalah serotonin, dopamine dan adrenalin. Penyakit mental berlaku apabila tekanan berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan neurotransmitter ini. Maka ubat diberi menyeimbangkan semula neurotransmitter ini.

Bahagian mana otak yang tidak dalam keseimbangan?

2 bahagian otak yang penting adalah:

  • Sistem limbic untuk mengawal emosi, tingkah laku, perbuatan, perasaan seperti marah, benci, cinta, geram dan lain-lain
  • Prefrontal Cortex untuk mengawal fungsi kognitif kita seperti membuat perancangan, mengatur kehidupan, kawalan buruk baik perbuatan, mengawal proses perbuatan dan lain-lain

Pada keadaan biasa, bahagian otak ini berfungsi secara baik. Contohnya, anda rasa sayang pada anak anda, sistem limbic akan berfungsi. Jika anda ingin memasak , prefrontal cortex akan mengawasi susun atur cara masak yang betul.

Bila anda mempunyai tekanan bahagian otak ini terlalu aktif sehingga neurotransmitterserotonin, dopamine dan adrenalin tadi tidak berfungsi dengan baik. Tanda-tanda penyakit akan muncul kerana otak tidak berfungsi dengan baik.

Bagaimana saya boleh membantu anda?

Saya menerima banyak email yang menyuarakan masalah seperti yang saya paparkan. Buat pengetahuan semua pembaca, bantuan pakar berada dekat dengan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke mana-mana klinik berdekatan dengan anda. Berjumpa dengan doktor biasa dan mohonlah surat rujukan ke klinik pakar psikiatri.

Klinik Psikiatri ada dikebanyakan Hospital di Malaysia ini.

Mengapa perlu berjumpa pakar psikiatri?
Rawatan hanya diberi setelah pakar memahami anda secara menyeluruh. Dalam kebanyakan kes, masalah anda tidak akan dapat diselesaikan dengan satu temujanji sahaja. Apatah lagi dengan hanya berhubungan melalui email. Anda akan dibantu bukan sahaja oleh Pakar Psikitri tetapi juga oleh kaunselor, psikologist dan terapist yang lain.

Tetapi ingat!!! rawatan bukan untuk anda menyerahkan kepada pakar menyelesaikan masalah anda! Anda cuma akan dibantu untuk belajar menyelesaikan masalah sendiri., dengan cara yang lebih baik ........
PERSONALITI ANDA
Bagaimanakah pandangan orang lain terhadap anda?

1) Obsessive Compulsive Personality Disorder (OCPD)

Adakah anda seorang yang terlalu menitik berat tentang ketepatan masa? Adakah anda mahu persekitaran anda disusun rapi , tiada peralatan yang tidak terurus? Adakah anda bercita-cita terlalu besar, perlu menjadi pelajar terbaik, anak terbaik, ibu terbaik, isteri terbaik?
Adakah anda terlalu menitikberatkan perkara kecil sehingga kerja nada tergendala?

Sudah pastinya soalan di atas dijawab: YA.
Jika anda menjawab YA dan orang disekitar anda MERANA dengan sikap anda, anda mungkin mempunyai OCPD

Tahukah anda jika anda TERLALU tegas , TERLALU meletakkan cita-cita tinggi melangit sehingga tiada daya untuk mencapainya, anda akan KECEWA. Tidakkah anda terfikir ketegasan anda menyebabkan orang lain MERANA.

Pernahkah anda mendengar remaja membunuh diri semata-mata mendapat peperikasaan 8A dan 1 B?. Adakah anda beranggapan 80 markah tidak cukup baik dan 100% adalah target anda atau target ibubapa anda?.

Bukankah ramai orang yang gembira walaupun tidak TERLALU tegas dan bercita-cita tinggi seperti anda?.

Pakar psikiatri dan psikologi berpandangan bahawa hidup ini perlu SEDERHANA.
  • Anda perlu meletakkan target yang RASIONAL dengan pencapaian anda. Jika peperikasaan terdahulu anda mendapat markah 40/100, 45/100 atau 50/100. Letakkan target untuk mendapat 60/100 bagi peperiksaan akan datang. BERUSAHA lebih keras lagi.
  • Jangan takut dengan KEGAGALAN. Tiada salah untuk gagal. Tetapi salah jika anda tidak BANGKIT DARI KEGAGALAN.

P/S : Kredit kepada DR.Salmi pakar UITM Selayang

Saturday, February 11, 2012


Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

15/01/2011
By drzubaidi
Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita.
Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka.
Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax.
Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk yang tidak berhenti. Beliau dimasukkan ke hospital sebab tak lalu makan. Setelah berpuluh-puluh ujian, doktor  mengesahkan mak menghidapi kanser paru paru Tahap 4. Ini amat menyedihkan saya.
Saya ambil cuti tanpa gaji sebulan dan tinggal di hospital selama tiga minggu untuk menjaga mak saya di hospital demi kasih sayang saya kepada emak (saya anak tunggal perempuan). Hospital menjadi rumah kedua saya dan saya membawa anak kecil saya yg berumur 4 tahun sebagai teman.
Setiap kali solat saya menangis dan mengadu kepada Allah dan berdoa untuk kesejahteraan emak saya. Saya amat sedih dan tak sanggup kehilangan emak…
Hinggalah satu hari tu saya diserang simptom yg mcm saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian, hinggalah ibu saya meninggal dunia pada 23 Februari tahun lepas..
Saya ingin bertanya adakah ianya merbahaya dan sekarang saya menyedari jika saya stress, tangan saya mudah berasa kebas…”
Saya amat simpati dan mengharapkan beliau sabar menerima ujian dari Allah dengan hati yang redha.
Masalah emosi seperti ini adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan pula boleh menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri.
Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.
Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalah anxiety disorder. Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan anxiety disorder adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.
Saya percaya incidence bagi gangguan  dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat ’tip of iceberg’, bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.
”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”
Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.
Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai anxiety disorder dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan, atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.
Nervous breakdown harus dibezakan dengan panic attack, kerana pesakit panic attack akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung (heart attack) seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.
Namun ada juga pesakit yang mengalami panic attack terkeliru diserang asthma kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.
Ada pakar perubatan yang menyamakan nervous breakdown dan panic attack, tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.
”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”
Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.
Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi anxiety disorder.
Pesakit selalunya mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil. Sebagai contoh pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.
Pesakit juga kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap.
Pesakit juga merasa sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.
“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. Apa akan jadi jika saya tidak dirawat? Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”
Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorders. Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat-ubat itu akan mengurangkan masalah ketegangan akibat nervous breakdown atau panic attack.
Oleh itu janganlah takut untuk memakan ubat  tetapi haruslah mengikut preskripsi yang diberikan. Jangan memakan ubat mengikut kehendak sendiri kerana ada setengah ubat boleh menyebabkan ketagihan.
Saya pernah membekalkan seorang pesakit dengan tujuh biji ubat penenang untuk dimakan selama seminggu, namun beliau telah menelannya kesemua sekali. Alasannya sebiji ubat penenang tidak berfungsi sebagai penenang. Dia harus menelan kesemua tujuh biji untuk mendapatkan kelegaan dan meminta diberikan sepuluh biji lagi. Saya meolak permintaannya dengan baik.
”Kalau begitu, bahaya ubat-ubat ini..”
Sememangnya ubat-ubat ini merbahaya jika disalahgunakan. Seperti yang saya katakan tadi ianya boleh menyebabkan ketagihan. Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.
Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi anxiety disordertelah menjadi bertukar menjadi simptom depression. Masalah emosi depression lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.
Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti psychotherapy danCognitive Behavioral Therapy (CBT). Tanpa rawatan yang betul dan sempurna anxiety disorder akan menyebabkan kemurungan (depression). Keadaan pesakit akan bertambah serius.
Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”
Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami anxiety disorder akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.
Pesakit yang mengalami depression akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.
Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.
Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.
Win Movie Tickets now! Just click and answer an Easy Survey
Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami depression jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.
“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian panic attack berulang?”
Dalam hal ini saya mengesyorkan selain mengambil ubat-ubat yang diberikan, seorang pesakit harus juga banyak bersabar dan membaca al Quran terutama ayat-ayat Ruqyah. Susunan ayat-ayat itu telah dibukukan dan boleh dibeli di kedai buku yang menjual buku-buku agama.
Walaupun saya bukan pakar sakit jiwa, namun saya telah melihat ramai pesakit mendapat manfaat yang besar dengan mengamalkan ayat-ayat Ruqyah.
Ada seorang suami yang kematian isteri berasa amat sedih sehingga terpaksa berhenti kerja kerna terlalu sedih. Kesedihannnya menyebabkan pesakit tidak makan dan minum. Dia tidak bekerja  dan menghabiskan masanya dengan termenung dan tidur. Pelbagai nasihat diberikan, namun dia seolah-olah telah hilang inspirasi untuk hidup.
Saya memberikannya ubat anxiolytic selama dua minggu. Ketika beliau datang semula bersama ibunya, lelaki ini sudah mula mahu makan dan melakukan aktiviti rutinnya. Saya menghulurkan buku susunan ayat-ayat Ruqyah yang saya beli di kedai buku agama. Alhamdulillah, dia mengamalkannya selama 40 hari selepas maghrib dan banyak perubahan positif yang saya dapat lihat.
Ini bukan bermakna saya menolak ubat-ubatan moden. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa ubat-ubatan moden sesuai diberikan ketika seorang pesakit diserang panic attackatau nervous breakdown atau anxiety disorder yang tidak terkawal.
Ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan yang serta-merta. Pesakit akan merasa tenang dan damai setelah menerima rawatan dari perubatan moden. Bagi mengelakkan kejadian berulang, pesakit harus menjalani psychotherapy dan membaca ayat-ayat ruqyah.
”Apa kena mengena penyakit ini dengn sabar? Sepanjang pegetahuan saya, saya memang telah pun bersabar, namun masih tidak sembuh juga ”
Kesabaran tidak menyembuhkan penyakit, tetapi kesabaran akan membantu penyakit sembuh. Saya melihat ramai pesakit yang tidak sabar dan sentiasa merungut terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha.
Jika kita percaya kepada konsep penyakit dan kesakitan yang kita hadapi, nescaya tiada pesakit yang merungut terhadap ujian Allah ini. Allah memberikan ujian sakit, ketakutan dan kebimbangan ini sebagai tanda kita layak menerima ujian, yang kelak akan diberikan ganjaran besar jika kita tabah menghadapinya.
Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), … serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali Imran, ayat 200)
Ujian yang berupa kesakitan dan kebimbangan ini adalah ujian yang mampu kita hadapi. Jika kita bandingkan dengan pesakit lain yang diuji dengan kanser dan kematian mengejut, tentu kita akan bersyukur.
”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286
Sifat sabar ini amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya adalah medan perjuangan dan penuh ujian yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit.
Allah berfirman bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Taghabun, ayat 11).
Maka, sesiapa yang dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang bermakna lulus dalam ujian itu dan terus diuji Allah sehingga dia menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.
Kenyataan ini selari dengan Rasulullah saw apabila baginda ditanya sahabat yang bermaksud:
“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?” Jawab baginda:“Nabi dan seterusnya orang yang seumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Adakalanya kita berasakan dugaan yang Allah berikan pada kita amat berat. Namun banyaklah bersabar dan terimalah dengan redha.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )
Yang paling penting, janganlah mudah berputus asa untuk mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna. Allah melarang kita berputus asa dengan musibah yang menimpa.
”Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman”’ ( Surah Al-Imran ayat 139 )
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ( Surah Al-Baqarah ayat 45 )
Teruskan mendapat rawatan dan jadikan segala musibah yang menimpa sebagai suatu titik perubahan untuk kita lebih dekat dengan Allah.
”…dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12 )

Allahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi bin Ahmad (150111)

Terima Kasih kepada Dr.Zubaidi bin Ahmad kerana sudi memberi info yang amat-amat berguna untuk teman yang merupakan salah seorang penghidap.Semoga apa yang teman lalui sekarang ini akan beransur pulih dan boleh kembali seperti sediakala HAPPY GO LUCKY...doakan teman sihat yeak...